Mekatronik ialah kursus dalam bidang elektronik dan robotik. Ia adalah satu cabang kejuruteraan yang memberi tumpuan kepada mereka bentuk, mengeluarkan dan menyelenggara produk yang mempunyai kedua-dua komponen mekanikal dan elektronik.
Kursus automotif menekankan kemahiran dalam kerja-kerja servis kenderaan ringan bermotor (automotif) termasuk sistem enjin, sistem casis, sistem transmisi dan lain-lain.
Pelajar akan diajar menyelenggara, membaikpulih enjin, sistem pacuan, sistem brek, sistem autoelektrik, sistem stereng, sistem gantungan dan sistem penyaman udara, memasang komponen-kompenan kenderaan dan memandu uji serta teknik-teknik keselamatan mengikut kehendak ordinan lalulintas.
Dalam kursus ini pelajar akan diajar mengenai kaedah-kaedah mendawai, memasang, mengendali dan menguji pendawaian satu dan tiga fasa (domestik dan industri). Selain itu, mencari, mengesan dan membaikpulih kerosakan litar elektrik serta mengawal, menyelenggara alat janakuasa, motor dan peralatan elektrik industri mengikut piawaian Suruhanjaya Tenaga (ST).
Untuk kursus kimpalan, pelajar akan didedahkan kepada pengetahuan secara amali dalam kerja-kerja dalam proses kimpalan yang melibatkan memotong dan mengimpal logam, keluli karbon (carbon steel), keluli tahan karat (stainless steel), aluminium dan sebagainya.
Kursus ini memperkenalkan pelajar kepada teori dan amali mengenai konsep rangkaian, rekabentuk, implementasi dan penyelenggaraan rangkaian komputer.
Para pelajar akan mempelajari mengenai pengetahuan kemahiran di dalam Perkakasan Komputer, Organisasi Komputer, Asas Rangkaian, Perkhidmatan Internet, Switching dan Routing, Rekabentuk Rangkaian, Pengurusan Pelayan dan Keselamatan Rangkaian.
Para pelajar juga akan didedahkan dengan penggunaan perisian sumber terbuka dalam Sistem Pengoperasian Sumber Terbuka dan Sistem Pangkalan Data. Program ini juga akan mendedahkan pelajar mengenai Keperluan Pengkomputeran, Prinsip Pengaturcaraan, Asas Pengaturcaraan dan Pengaturcaraan Rangkaian, Keusahawanan serta Rekabentuk dan Analisa Projek.
Pelajar akan diberi penekanan berkaitan sistem pengurusan pemfailan,pengurusan dokumen elektronik, perlaksaan fungsi pentadbiran, pengurusan komunikasi perniagaan dan melaksanakan fungsi penyeliaan. Kursus ini juga turut menerangkan tentang asas pengurusan pejabat dan penyeliaan untuk diamalkan dalam tugas-tugas harian.
Untuk program seni kulinari, pelajar akan didedahkan dengan teknik memasak dan kemahiran asas di dapur. Kursus ini menyediakan peluang kerjaya seperti Penolong Chef dan Chef Eksekutif.
